Pages

Wednesday 6 September 2017

Sejarah SK Perdana Jaya SS19


SK Perdana Jaya SS19, Subang Jaya dibina di atas kawasan kurang sepuluh ekar dan dibuka pada Disember 1994.
Terdapat empat blok bangunan dua tingkat yang menempatkan 25 kelas dan bilik kegiatan termasuk pejabat pentadbiran sekolah dan     kantin.
Sesi persekolahan pertama bermula pada Disember 1994. Jumlah murid sebanyak lima ratus tiga belas orang yang  dikelolakan oleh tiga Guru Penolong Kanan dan  Tuan Haji  Baharom bin Haji Kassim ialah Guru Besar pertama.
Tiga belas kelas diguna bagi menempatkan Tahun 1 hingga Tahun 5 pada peringkat awal. Persatuan Ibu Bapa Guru telah ditubuh pada 14 Januari 1995.
Logo dan Lagu Sekolah dicipta pada masa yang sama bagi memasak semangat cintai sekolah.
Sekolah telah melalui pembangunan  fizikal dari semasa ke semasa daripada sumbangan selain  PPD dan JPS yang selalu membantu.
Mereka kesemuanya sentiasa menyokong perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh sekolah untuk murid dan guru.
Pada tahun 2005 bermula penubuhan sebuah kelas Prasekolah diikuti sebuah kelas Disleksia pada tahun 2007.
Puan Norzila binti Ishak mengambil alih sebagai Guru Besar yang ke-12 pada 1 Mei 2017 sehingga sekarang.

0 kutukan:

Post a Comment